Sunday, April 18, 2010

Say hello to the world!

assalamualaikum w.b.t

Akhirnya! Akhirnya kami telah mempunyai blog kami sendiri. Kami, syarikat Al-Maqhist yang ditubuhkan di SMKA Tok Jiring, adalah syarikat yang bernaung di bawah PMINT ataupun Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu menerusi Program Usahawan Muda.

AL-MAQHIST CORP merupakan singkatan kepada Al-Maqhie Islamic Teenager Corporation. Perkataan Al-Maqhie diambil dari perkataan Arab yang bermaksud kafe. jadi dalam Bahasa Melayu, Al-Maqhie Islamic Teenager Corporation bermaksud Syarikat Kafe Remaja Islam.

Setelah lebih 3 bulan kami beroperasi, kami mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pelajar. Kami juga ada menerima saingan yang sengit, kritikan-kritikan pelanggan serta pujian yang dihamburkan kepada kami.

Walaubagaimanapun, kami akan tetap menyediakan khidmat kepada seluruh pelanggan kami. Walau kami dicaci, walau kami dibenci, kami akan tetap berkhidmat untuk anda.

Majulah AL-MAQHIST untuk SMKA Tok Jiring!

No comments:

Post a Comment