Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..
di cni,aku akn berkongc pngalaman yg tlah aku n kengkawan lalui dlm kem yg diadakan pada 09 April 10-11 April 10 yg bertempat di Gem Beach Resort.
memang happening la kursus ni. aku suke sangat-sangat. kalo boleh, aku nak ulangi semula saat-saat kursus kat Gem nih. :) . nak tau ape yang bestnye? best sekali, fasilitator -nye la. sangat sporting dan banyak ilmu. cube sampaikan ilmu mereka dengan sedaya upaya. tapi memangla begitu, sbb mereka dibayar, -kan?
lagi, lagu temanya. >Bila Diri Disayang-Ukays<. huh. memangla lagu ni dah lame, aku tak suke pon lagu ni sbenornye. tapi gitu ar, bile hari pertama kursus ni dah diberi lirik, dah disuruh nyanyi setiap kali slot bermula, feeling lagu tu mmg ade. heh. bersemangat waja aku nih.
hari pertame tu kan, kami kan, ALP lelaki PUM Tok Jiring kan, tido kol 5.30 a.m.! wohoo..bangun plak kol 6.30..kerje gile, -kan?esokkannye, mulelah yang hanyut lam ceramah. tapi oleh sbb kehadiran gula-gula, kami berjaya bersengkang mata. haha.
lepas tu, kami dah serik. kami tak tido kol 5 dah, tapi hari last tu kami tido kol 2.30 a.m. nak tau kami bangun kol wape? kol 8 a.m. la wok..jadi kami secara rasminye ponteng riadah pagi. dan naseb baek la, bukan kami je yang hadapi masalah tuh. ramai lagi rupenye..dan naseb baek jgak fasi-fasi yang baik hati tidak mendenda kami. :)
oh, yang tidak best nye pasal kursus ni, kami terpaksa buat persembahan mengikut tugasan-tugasan yang diberi oleh fasi. :(. tertekan gile yang amat. kene siapkan kertas mahjong dan kene bentang. ala, mcm korang sume buat perbentangan dlm klas la. tapi ni lebih tekanan. lebih tugasan, lebih permintaan dan kurang masa. bak kata sorang fasi tu, "kita ada banyak lagi kene cover."
dan dengan bertungkus lumus + cemas + gugup nak bercakap di dpn dewan, kami berjaya menamatkan persembahan kami. tapi, dengan rumusan yang tergantung. loceng berbunyi dahulu sebelum kami habiskan rumusan. para audiens terlebih dulu tepuk tangan sebelum kami habis berckp. biarla..nak wat camane kan?
masa persembahan tu, mula-mula yang berckp tentulah Pengarah Urusan kite, Hakimi Azfar. lepas tu, mmgla Pengurus ICT kami yang ganti Pengurus Kewangan yang tidak dpt hadir, Syed Nazirul. then, Pengurus pentadbiran, Syahirah Farhanah. lepas tu Wan Asma', Pengurus Pengeluaran (ganti Huda yang berpindah ke sester). rumusan, aku yang tulis, aku yang hafal, aku yang bckp ttgnye. jd, akula mangse keadaan. haha.
pun bagaimana walau, kami berjaya membawa pulang sebuah hamper. haha. ok la tu, dari pulang dgn tangan kosong. AL-MAQHIST CORPORATION, Syarikat yang Berpotensi Cemerlang. :) "bangga tak pe, jangan riak sudah." kate cg Zul.
pegi kursus ni, jumpe ngan mcm2 orang, mcm2 ragam. jumpe ngan pakar coding HTML, CSS, bakal pakar web building dan ramai lagi. keep in touch ye wokk..
gambar-gambar yang berjumlah 200++ keping tu MUNGKIN akan diupload.
__________________________________________________________________________________
Tajuk/Lirik Lagu: Bila Diri Di Sayangi
Penyanyi: Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
Friday, April 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kau org mmg nasib malang!
ReplyDeleteaku nasib hendak malang!
aku bangun kul 6.45 am!
giler! Subuh qodo lps riadah jew....
I'm the Penghulu
ReplyDeletehaha~
ReplyDeletemcm kenal je entri ni..
sebijik mcm dlm blog omar..
ubah2 la sikit ayat.. :P